Selepas tiga kemenangan, kemaraan Sarawak United FC dalam Liga Premier akhirnya berjaya disekat oleh pasukan Terenganu II, yang merupakan pasukan simpanan kepada kelab Terengganu FC yang bermain di Liga Super.
Perlawanan sengit itu menyaksikan kedua – dua pasukan berhati – hati pada babak pertama perlawanan, namun mula saling berbalas serangan sebaik mula mendapat rentak.
Biarpun kedua – dua pasukan mempunyai peluang keemasan untuk mengatasi lawan masing – masing, kekebalan benteng pertahanan kedua – dua pasukan terus utuh sehingga akhir perlawanan.
Ini sekaligus menyaksikan kedua – dua pasukan sekadar berkongsi mata pada masa penuh.
Biarpun hanya memungut satu mata malam ini, bonus untuk pasukan Sarawak United adalah mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah mereka untuk perlawanan ke-empat dalam Liga Premier.
Ini sekaligus menyaksikan pasukan tersebut akan terus kekal di tangga kedua Liga Super dengan 10 mata, dan kelebihan satu perlawanan.
Pendahulu liga kini, Negeri Sembilan FC, akan kekal di tangga teratas Liga Premier dengan 13 mata, selepas berjaya menundukkan pasuka Projek FAM 2-0 dalam perlawanan kelima kelab tersebut sebentar tadi.