Kehebatan Joseph ketika menentang Spurs jadi sebutan

Kehebatan pemain Sarawak, Joseph Kalang Tie, ketika perlawanan Piala AIA minggu lepas menjadi sebutan ramai peminat bolasepak di Malaysia dengan video di bawah menjadi viral di media sosial, khususnya Facebook.

Joseph yang merupakan anak jati Sarawak, juga digelar Messi Malaysia oleh ramai peminat bolasepak tempatan, dan kehebatan beliau memperdaya pemain bolasepak terbilang dari pasukan Totenham Hotspurs ketika Piala AIA telah membuatkan ramai peminat beranggapan beliau seharusnya lebih awal dipanggil ke dalam skuad bolasepak Harimau Malaya yang dibimbing oleh Dolah Salleh.

Di dalam video tersebut, Joseph dilihat beberapa kali berjaya melepasi pemain pertahanan Spurs, sambil melakukan banyak ‘interception’ yang membantutkan serangan Spurs.

Selain daripada video tersebut, sepakan percuma Joseph juga turut menjadi sebutan di media antarabangsa UK, The Daily Mail dan Goal.com.

Malahan, laman web sukan antarabangsa ESPN turut memuji persembahan Joseph Kalang yang dikatakan merupakan ‘duri di dalam daging’ kepada pertahanan Supurs.

Joseph telah memulakan karier beliau di Sarawak, sebelum berhijrah ke Terengganu. Pada tahun 2011, beliau telah memilih untuk kembali ke Sarawak semula, dan dikhabarkan telah menolak tawaran kontrak lumayan bagi mengekalkan dirinya di Stadium Negeri bagi musim 2015.

Beberapa hari yang lalu, Joseph juga telah dipanggil untuk mewakili negara dan beliau kni berada di Kuala Lumpur bagi mempersiapkan diri untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top