Kecewa gagal menang

Ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan tidak begitu gembira dengan hanya berkongsi satu mata dengan Terengganu II.

Terengganu II yang merupakan pasukan simpanan Terengganu FC itu dilihat bermain degan baik bagi mengekang asakan dan strategi Saawak United dalam perlawanan malam tadi.

“Saya rasa kedua – dua pasukan tidak gembira dengan keputusan ini. Kalau kita lihat keseluruhan perlawanan, kedua – dua pasukan pun merasakan dapat menjaringkan gol.” kata Elavarasan selepas perlawanan.

Elavarasan turut memuji permainan Terengganu II yang didakwanya sebagai ‘kemas’ pada babak pertama, sekaligus menyukarkan pasukan bimbingannya memecah masuk untuk menyerang.

“Perbezaannya adalah dalam babak pertama Terengganu II nampak lebih kemas, fahaman antara pemain mereka bagus, dan kita hendak memecah masuk ke kawasan Terengganu pun susah.

“Pada babak kedua, apabila kita melakukan pertukaran, kita berjaya menyeimbangkan perlawanan, dan kita mula bermain dengan lebih baik.

Cuma penyudah kita tumpul.” jelasnya lagi.

Elavarasan dalam pada itu mengakui bahawa secara keseluruhannya pasukannya mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol, namun penyudah pasukan pada malam itu mengecewakan pasukan beliau.

Tambah jurulatih berpengalaman itu, pasukan Terengganu II juga bertahan dengan baik dan ini telah menyebabkan pemainnya lebih berhati – hati agar tidak melakukan kesilapan yang boleh membawa kepada Terengganu II menjaringkan gol.

“Secara keseluruhan, penyudah kita tumpul.

“Kita banyak peluang berbanding perlawananan sebelum ini tetapi pemain kita tetap berusaha mencari gol.

“Saya lihat Terengganu rajin, dan apabila mereka bertahan dengan sebaiknya, kita risau kesilapan akan membawa kepada gol yang mengakibatkan kita kalah.” ujar Elavarasan lagi.

Kedua – dua pasukan mengakhiri perlawanan malam tadi dengan berkongsi mata.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top