“Kami akan bangkit”- David Usop

Pasukan Bujang Senang yang sekadar seri ketika bertemu dengan pasukan T-Team di dalam perlawanan pertama Liga Super enggan menyerah kalah, dan sebaliknya akan terus berusaha keras untuk mencari kemenangan.

Mengikut pengendali pasukan tersebut, David Usop, walaupun kecewa gagal membawa pulang tiga mata penuh, ianya lebih baik daripada pulang tanpa sebarang mata.

Dalam pada itu, David berharap bahawa pasukan Bujang Senang akan bangkit apabila merantau ke Stadium Darulaman untuk menentang Kedah.

Kedah kini di dalam prestasi terbaik selepas berjaya menundukkan JDT untuk memenangi Piala Sumbangsih pada Jumaat lepas.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top