K. Rajagopal untuk Sarawak? Fuad dipinggirkan

Selepas K. Devan dan K. Santianathan dikaitkan dengan kerusi Ketua Jurulatih Sarawak, kini timbul pula ura-ura bahawa K. Rajagopal bakal menduduki kerusi panas tersebut.

Menurut beberapa komuniti bolasepak berkaitan bolasepak Sarawak, K. Rajagopal kini berada di Kuching dan telah dilihat bersama-sama beberapa pegawai Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) di sekitar bandaraya.

Kesahihan berita ini walaubagaimanapun tidak dapat dibuat walaupun beberapa laman Facebook berkaitan bolasepak Sarawak telahpun mengesahkan berita ini dengan mengatakan ianya ‘Rasmi’.

Sementara itu, Fuad Gbersik dikatakan telah ‘dikembalikan’ ke Pasukan Belia Sarawak dan akan mengemudi skuad tersebut sehingga SUKMA 2016. David Usop dikatakan kini mengemudi skuad Bujang Senang bagi kancah Piala Malaysia.

Pihak kami akan cuba mendapatkan lebih banyak maklumat dari sumber-sumber kami berkenaan isu ini.

SPONSORED:
Menangi sebuah telefon bimbit apabila pergi ke Festival Media Sosial #LiveKCH pada Sabtu ini di CityOne Megamall. Masuk percuma!
IMG-20150830-WA0013

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top