Hanya Joseph Kalang Tie disenaraikan di dalam skuad 23 pemain yang akan dibawa untuk menentang Hong Kong hujung minggu ini. Pertahanan kental Sarawak, Ronny Harun pula tidak disenaraikan. Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui satu kenyataan di laman Facebook mereka, Ronny digugurkan kerana cedera.
Menurut senarai rasmi yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia, hampir separuh daripada pemain yang dibawa oleh Dollah Salleh adalah dari pasukan Johor Darul Ta’zim, dengan pasukan-pasukan lain menyumbangkan tiga atau kurang pemain.
Senarai lengkap 23-pemain adalah seperti dibawah.
Malaysia dijangka akan menentang Hong Kong Sabtu ini di dalam perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A di Stadium Shah Alam.