Joseph Kalang wakil tunggal Sarawak di pasukan kebangsaan?

Joseph Kalang mungkin merupakan wakil tunggal dari pasukan Sarawak di dalam skuad 35 orang pemain yang disenarai pendek oleh Dollah Salleh bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia Rusia 2018.

Mengikut senarai yang diperolehi oleh SarawakCrocs.com (belum dapat disahkan samada senarai ini senarai rasmi), hampir satu pertiga daripada pemain yang disenaraikan kali ini adalah daripada pasukan Johor Darul Takzim dengan, pasukan Selangor mempunyai bilangan pemain kedua terbanyak disenaraikan, yakni lima orang.

Pertandingan kelayakan piala dunia akan bermula pada bulan Jun ini dengan skuad bimbingan Dollah Salleh dijangka menghadapi laluan agak sukar apabila berdepan UAE, Saudi Arabia, Palestine dan Timor-Leste di dalam Kumpulan A.

Senarai penuh pemain yang disenaraikan adalah seperti di bawah, namun harus kami ingatkan bahawa senarai ini belum disahkan oleh pihak Persauan Bolasepak Malaysia (FAM).
National players

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top