Khabar angin kian deras menyatakan bahawa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal memikat hati Joseph Kalang Tie pada musim hadapan.
Sumber-sumber di media sosial kini hangat memperkatakan JDT ‘sangat berminat’ untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 28 tahun yang berasal dari Miri ini.
Khabar angin ini bukan kali pertama di war-warkan selepas JDT dikatakan berminat mendapatkan Joseph pada awal musim ini.
Jika terbukti benar, Sarawak akan kehilangan Joseph buat kali kedua selepas beliau berpindah ke Terengganu pada 2007.
Pihak SarawakCrocs.com sedang cuba mendapatkan pendapat Joseph sendiri berkenaan isu perpindahan ini.