John Hunter bakal ke Kuching 

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais telah mendedahkan lagenda bolasepak Sarawak pada musim lepas bakal ke Kuching untuk mengikuti satu program berbentuk karnival.

Menurut Posa, turut dijemput adalah Alan Vest,  David Evans dan Allistair Edwards.

Lagenda-lagenda import tersebut dijangka hadir sebelum Liga Super bermula bagi menyemarakkan semangat pasukan Bujang Senang menjelang aksi di Liga Malaysia 2017.

​Selain daripada itu, ianya juga diadakan bagi membangkitkan nostalgia bahawa Sarawak pernah bergelar juara dan disegani sebagai pasukan bolasepak di negara ini.

Walaubagaimanapun, tarikh sebenar karnival tersebut belum ditetapkan. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top