Pemain tengah Sarawak, Joseph Kalang Tie semalam sah menjadi tunang orang apabila secara rasminya telah bertunang dengan gadis pilihan hatinya di sebuah restoran terkemuka di Pertra Jaya, Kuching semalam (5 Julai 2014).
Sehari sebelum majlis berlangsung, Joseph ada menyatakan beliau agak cemas (nervous) melalui akaun Facebook beliau, namun beliau juga menyatakan keingingnannya agar semuanya berjalan dengan baik sepanjang majlis pertunangan tersebut.
Joseph turut kelihatan ceria sepanjang majlis tampak amat secocok bersama pasangan beliau Rebekah Livan Balan yang turut kelihatan amat berseri dan anggun dalam gaun berwarna biru.
Turut hadir di majlis pertunangan Joseph adalah ahli keluarga kedua-dua pihak, pemain-pemain Sarawak, serta sahabat handai kedua-dua pasangan.
Kami di SarawakCrocs.com mengucapkan tahniah kepada Joseph!