Pemain kelahiran Miri, Sarawak, Joseph Kalang Tie, kini telah sah milik Pahang selepas pemain tengah itu dilaporkan mengesahkan perpindahan beliau ke pasukan yang berpangkalan di Stadium Darul Makmur itu.
Menurut JKT, beliau sememangnya berat hati untuk meninggalkan pasukan Terengganu, dan telah menyimpan hajat bersara dengan Terengganu, namun rezeki tersebut bukan miliknya.
Dalam pada itu, JKT telah mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Terengganu dan semua peminat Terengganu yang menyokongnya, sambil mengakui beliau kini fokus kepada masa depan beliau bersama Tok Gajah.
Ura-ura JKT akan kembali ke Sarawak sebelum ini telah timbul apabila nama beliau tidak tersenarai di dalam pasukan Terengganu musim hadapan, namun indikasi beliau telah beralih ke Pahang semaking jelas apabila beliau menaikkan status berkenaan pasukan yang bakal beliau wakili.