Jersi utama berwarna hitam untuk hargai sejarah lama

Kelab bola sepak Sarawak United telah memilih untuk menggunakan warna hitam sebagai warna utama jersi kelab tersebut untuk musim ini.

Perara tersebut didedahkan Posa Majais dalam temu bualnya di TVS dalam rancangan Teh C Peng.

Menurut pemilik kelab tersebut, pemilihan hitam adalah kerana dia mahu Sarawak United kembali kepada asal usul kelab tersebut.

Dia menyatakan bahawa bahawa warna hitam tersebut adalah simbolik kepada dugaan pasukan Sarawak United dan dilihat sebagai menghargai sejarah kelab tersebut.

“Kita kembali ke asal usul kita. Kita renung balit kejayaan lalu kita, dugaan lalu pasukan Sarawak kita ini.” kata Posa dalam temu bual tersebut.

“Tanpa sidak (mereka) yang lamak, sik (tiada) ada yang baru. SUFC mewakili setiap pelosok Sarawak, setiap bangsa dan agama di Sarawak. Jadi SUFC perlu bermula dengan memahami sejarah pasukan.” ujarnya lagi.

Sarawak United kelmarin telah melancarkan jersi musim 2021 mereka melalui rancangan temubual Teh C Peng yang disiarkan secara langsung di TVS.

BELI JERSI SARAWAK UNITED

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top