Maklumat terkini yang diperolehi menyatakan bahawa majlis pelancaran jersi baharu pasukan Bujang Senang akan diadakan pada 14 Januari ini.
Menurut maklumat yang pihak kami terima, ianya akan dibuat di CityOne Megamall Kuching, seperti musim lalu.
Sumber sama turut memaklumkan bahawa majlis dijangka akan bermula pada jam 2PM, dan semua pemain pasukan Bujang Senang akan hadir.
Turut dimaklumkan kepada kami adalah bahawa jersi kali ini mempunyai rekabentuk berbeza dari musim lepas dengan ciri-ciri Sarawak lebih tertonjol.
Pihak kami kurang pasti jika pelancaran jersi berkenaan akan disertai dengan pengenalan logo baharu pasukan Sarawak.
Jersi kali ini menggunakan jenama StarSports yang dimiliki Lea Sports Centre.