Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT FC) semakin digeruni di persada Asia selepas kelab milik Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkaya menundukkan Lao Toyota 3-0 malam tadi di dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC 2016.
Di dalam perlawanan menentang wakil Laos itu, Safiq Rahim muncul wira apabila mudah menjaringkan dua gol hasil sepakan penalti pada minit ke 61 dan 73.
Amri Yahyah kemudiannya memastikan JDT mengutip mata penuh, sekaligus meletakkan JDT gah di kedudukan teratas Kumpulan H Piala AFC 2016 dengan mata penuh dari tiga perlawanan.
JDT kini merupakan satu-satunya pasukan yang belum tewas atau seri di dalam Kumpulan H Piala AFC 2016, dan memiliki peluang amat cerah untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.