JDT FC tingalkan Stadium Larkin

Pasukan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memainkan perlawanan terakhir di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, atau lebih popular dengan nama ‘Larkin’ minggu lepas.

Perlawanan Piala Malaysia menentang Selangor FA itu adalah perlawanan terakhir kelab bola sepak tersebut di stadium yang dianggap antara yang terbaik di Asia Tenggara, dengan JDT bakal mewarnai musim 2020 di stadium baharu di Gelang Patah kelak.

Menurut laporan VocketFC, JDT meninggalkan Larkin dengan bergaya kerana telah mengukir pencapaian yan ‘cukup hebat sejak mengunakan stadium tersebut sebagai ‘rumahnya’ sejak dari tahun 2013.

VocketFC berkata bahawa JDT telah berjaya merangkul 13 piala, meraih kejuaraan Liga Super sebanyak 6 kali berturut-turut, dan kekal tanpa tewas sebanyak 75 perlawanan berturut-turut semasa bermain di Larkin.

Bukan sahaja rekod JDT di Larkin yang menjadi idaman pasukan-pasukan lain di Liga Malaysia, malahan kehebatan kemudahan di Larkin juga dicemburui ramai peminat bola sepak tanah air.

Nasib Larkin selepas ini tidak jelas, namun peminat bola sepak Malaysia sudah pasti teruja dengan perpindahan JDT ke stadium baharu kelab tersebut pada musim hadapan.

Untuk maklumat ringkas mengenai stadium JDT baharu ini, anda bolehlah ke sini.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top