Perlawanan Sarawak menentang Terengganu, yang merupakan perlawanan pembukaan Piala Malaysia bagi pasukan Bujang Senang sah akan berlangsung seperti dijadualkan.
Menurut sumber SarawakCrocs.com yang rapat dengan pihak yang menguruskan perlawanan, perlawanan tersebut akan berjalan seperti dijadualkan dan tidak akan berubah.
Sumber turut menyatakan bahawa jualan tiket perlawanan amat baik, dan Stadium Negeri dijangka penuh pada malam tersebut berdasarkan jualan tiket atas talian (online).
Tiket biasa dijangka akan mula dijual di cawangan Lea Sports Centre pada hari Rabu ini bermula jam 11 pagi.
Sebelum ini wujud kerisauan di kalangan peminat yang mendengar khabar angin bahawa perlawanan tersebut mungkin ditunda ke tarikh lain akibat keputusan pihak kerajaan Malaysia mengadakan Hari Berkabung National.
Sungguhpun demikian, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya mengumumkan tempoh satu minit senyap sebelum perlawanan bermula bagi memperingati mangsa MH17 dan MH370, sambil tidak menyatakan sebarang perubahan jadual perlawanan Piala Malaysia.
Skuad Sarawak akan juga mengenakan ‘patch’ khas bagi memperingati mangsa kedua-dua kejadian pesawat milik Penerbangan Malaysia itu.
Untuk info terkini berkenaan Sarawak vs Terengganu, dan update play by play semasa perlawanan, ikut kami di Twitter: @SarawakCrocs secara PERCUMA!