Jadual perlawanan Sarawak sah berubah

Jadual perlawanan Sarawak FA telah diubah dan sekaligus menyaksikan semua perlawanan di Stadium Negeri kini dimainkan pada hari bekerja. Perubahan jadual tersebut dianggap sah apabila pihak agen penjualan tiket perlawanan Sarawak, TiketPanas mengubah tarikh perlawanan di dalam sistem tiket mereka.

Sebelum ini, jadual tersebut telah menyaksikan Sarawak akan beraksi dua kali lagi di Stadium Negeri pada hari Sabtu, yakni apabila bertemu Terengganu dan Selangor PKNS.

Sungguhpun demikian, perubahan terbaru menyaksikan kedua-dua perlawanan tersebut diawalkan ke hari Jumaat, sehari sebelum tarikh asal perlawanan dijadualkan.

Pihak SarawakCrocs.com tidak mengetahui punca perubahan jadual tersebut, namun ura-ura menyatakan ianya dipindahkan bagi membolehkan Sarawak mendapat liputan siaran langsung.

Sunguhpun demikian, keputusan memindahkan kedua-dua perlawanan ke hari bekerja tidak mendapat sambutan peminat Sarawak, khususnya yang datang dari jauh, kerana mereka tidak akan berkesempatan merantau ke Kuching bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top