Isu perpindahan tidak penting sekarang – JKT

Joseph Kalang Tie enggan mengulas banyak berkenaan khabar angin beliau akan ke Johor Darul Ta’zim musim depan.

Komen Joseph diperolehi selepas pihak SarawakCrocs.com menghubungi beliau untuk mendapatkan maklumat berkenaan desas desus JDT telah ‘melamar’ meliau untuk musim hadapan.

Menurut pemain kelahiran Miri itu, isu perpindahan tersebut tidak penting sekarang kerana yang lebih penting adalah semua pemain Sarawak, termasuk dirinya, fokus untuk persediaan Piala Malaysia.

Joseph menambah beliau mahu memberikan yang terbaik untuk skuad Sarawak bagi memastikan musim 2015 berakhir dengan baik, dan berharap peminat tidak menimbulkan spekulasi berkenaan perpindahannya ke mana-mana pasukan sehingga musim 2015 tamat.

Dalam pada itu, Joseph juga menegaskan bahawa beliau amat sayang akan pasukan Sarawak dan mahukan yang terbaik untuk pasukan negeri kelahirannya.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top