Kekalahan Kuching City kepada Kelantan United malam Sabtu lalu menyaksikan Irfan Bakti semakin resah dengan prestasi pasukannya.
Ketua jurulatih berpengalaman itu jelas mahukan perubahan dari segi pemain setelah pasukan bimbingannya sekali lagi gagal menterjemahkan peluang yang terhidang, sekaligus menyaksikan pasukan Kuching City sekali lagi gagal memungut mata penuh.
“Mendominasi perlawanan kalau tak menjaringkan gol rugilah.” jelas Irfan setelah perlawanan berakhir.
Irfan juga menyatakan bahawa pemain asing pasukan beliau tidak memberi impak yang dikehendaki pada malam perlawanan tersebut.
“Apa yang saya nampak malam ini, pemain import saya tak ada impact lansung berbanding dengan Hasama, no 77, no 4, mereka ada impak untuk pasukan.” kata Irfan lagi.
Jurulatih yang telah memenangi pelbagai kejuaraan itu juga menjelaskan bahawa beliau tidak mengharapkan pemain import semata – mata, namun pemain import perlu memberi impak apabila diturunkan.
Beliau dalam pada itu memberi bayangan bahawa hadir kemungkinan banyak pemain import akan diganti pada pintu perpindahan kelak jika mereka terus gagal mempamerkan aksi yang diharapkan.
“Ini 11 lawan 11, jadi bukanlah kita mengharapkan pemain import.
“Tetapi sekurang – kurangnya pemain ada impak kepada pasukan.
“Jadi impak itu tak ada jadi kita terpaks buat sesuatu jadi kita kena buat sesuatu untuk pusingan kedua nanti.” jelas Irfan.
Dalam perkembangan sama, Irfan turut melahirkan keyakinan beliau terhadap pemain tempatan Kuching City.
“Saya masih yakin dengan pemain – pemain tempatan saya.” ujar Irfan lagi.
Dalam perlawanan menentang Kelantan United, Kuching City telah menurunkan tiga daripada empat pemain import di dalam kesebelasan utamanya.