Hasrat Sarawak United ke separuh akhir TM Piala Malaysia terkubur

Hasrat pasukan Sarawak United untuk ke separuh akhir TM Piala Malaysia terkubur terus malam tadi selepas pasukan bimbingan E. Elavarasan itu gagal mengatasi kelebihan Terengganu biarpun bermain di laman sendiri.

Dalam perlawanan itu, Terengganu menunjukkan penguasaan mereka dengan meledakkan gol pembukaan seawal minit ke-dua melalui Jordan Mintah, sebelum Faizal Halim melebarkan jurang perbezaan gol dari segi aggregat diantara kedua pasukan 10 minit kemudian.

Faizal Nasir melebarkan lagi jurang tersebut dengan gol ketiga Terengganu sebelum Jordan sekali lagi meledakkan gol pada minit ke-64.

>> JERSI SARAWAK UNITED ‘BUANG HARGA’

Sarawak United membalas empat gol Terengganu melalui gol dari dua pemain importnya sebelum perlawanan tamat, dengan Sandro da Silva menerjah jaring pada minit ke-70, manakala Agba Uche menyumbat gol kedua Sarawak United pada minit ke-80.

Kekalahan Sarawak United bermaksud pasukan tersebut sah tersingkir dari TM Piala Malaysia dengan aggregat 6-3 memihak Terengganu.

Ini bermaksud, kempen Liga Malaysia Sarawak United kini telah berakhir secara rasminya dengan pasukan yang dijenama semula dari Selangor United itu akan mula merancang untuk cabaran musim hadapan yang dijangka bermula pada Februari 2022.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top