Hasrat Kuching City yang pada awal musim mahu ke Liga Super 2022 secara merit sudah sah terkubur.
Ini berikutan keputusan seri yang diperolhi kelab tersebut petang tadi apabila seri tanpa jaringan menentang PDRM FC.
Kuching yang memerlukan tiga mata penuh untuk terus bersaing bagi merebut tempat ke Liga Super 2022, terpaksa berpuas hati dengan kedudukan seri dan semusim lagi di Liga Premier setelah gagal memecah kebuntuan sepanjang 90 masa perlawanan.
Dengan kegagalan Kuching City memenangi perlawanan petang tadi, Negeri Sembilan sah akan mara ke Liga Super musim hadapan, sekaligus mengiringi kelab Sarawak United yang mana telah mengesahkan tempat mereka di kalangan 12 pasukan Liga Super pada musim hadapan.
Anjakan Negeri Sembila ke Liga Super 2022 disahkan oleh Malaysia Football League (MFL) dalam satu kenyataan ringkas di media sosial rasminya.
Dengan peluang Kuching City untuk ke Liga Super sudah tipis ekoran kekalahan minggu lepas kepada Negeri Sembilan, pasukan tersebut kini menumpukan kepada kelayakan Piala Malaysia.