Harimau Muda menang lawan Sabah

Skuad B-23 negara, Harimau Muda kendalian jurulatih Datuk Ong Kim Swee mencatat kemenangan pada aksi persahabatan kedua untuk fasa terakhir kem latihan pusat menjelang Sukan SEA 2015 selepas menewaskan pasukan Liga Perdana, Sabah 3-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini.

Selepas mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Nurridzuan Abu Hassan seawal minit pertama, skuad Harimau Muda itu berjaya menambah dua lagi gol pada babak kedua hasil jaringan Faizat Ghazli pada minit ke-55 dan sepakan penalti Farhan Roslan, minit ke-83.

Kim Swee menurunkan Syazwan Yusoff selaku penjaga gawang manakala Arip Amiruddin, Adam Nor Azlin, Shahrul Saad dan Fandi Othman mengemudi benteng pertahanan.

Tiga pemain mengawal bahagian tengah – Akram Mahinan, Nazmi Faiz Mansor dan Gary Steven Robbat yang diberi lilitan lengan selaku kapten manakala jentera serangan diterajui Rozaimi Abd Rahman sambil dibantu Nurridzuan dan Faizat.

Skuad B-23 negara akan pulang ke Kuala Lumpur pada Sabtu dan diberi rehat sehari sebelum menyambung semula sesi latihan pada Isnin.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top