Hampir 5,000 peminat Sarawak telah dilihat beratur di sekitar Stadium Negeri pagi ini untuk membeli tiket perlawanan separuh akhir kedua diantara Sarawak menentang Pahang.
Dikhabarkan, ada yang telah mula berbaris sejak 6 pagi, dengan ada yang terus ke stadium sejak sembahyang subuh.
Pengamatan kami di sekitar stadium kelihatan terkawal, dengan pihak polis membuat rondaan dan kawalan lengkap dengan unit K-9 mereka.
Khabar yang kami terima setakat jam 10 tadi memaklumkan ada seorang peminat telah pengsan akibat tidak tahan menunggu lama, dan barisan kelihatan agak bercelaru.
Sungguhpun harga tiket kini telah dinaikkan sebanyak RM5, ramai peminat masih sanggup untuk berbaris panjang utnuk membeli ‘komoditi terpenting’ di Sarawak pada masa kini.
Persatuan Bolasepak Sarawak dikhabarkan akan menjual sebanyak 10,000 tiket pada hari ini, dengan selebihnya dijual pada hari esok.