Gol saat akhir beri Terengganu B21 mata penuh di Kuching

Kekecewaan di dalam arena bolasepak Sarawak diteruskan hari ini oleh pasukan bolasepak Piala Presiden Sarawak (B21) apabila mereka tewas sekali lagi di laman sendiri, kali ini kepada Terengganu.

Perlawanan yang dikatakan ‘agak hambar’ menyaksikan pasukan Sarawak dan Terengganu masing-masing terpaksa bermain dengan sepuluh pemain selepas Muhamad Azrean Abd. Aziz dan Abg. Nur Afirman dilayangkan kad merah pada minit ke-23 akibat insiden pergaduhan.

Pasukan Sarawak akhirnya pulang kecewa selepas Dhiyaulrahman Mohd Hasry menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit-minit kecederaan, sekaligus memastikan Terengganu pulang dengan mata penuh dari Stadium Negeri.

Lain-lain keputusan Piala Presiden adalah seperti berikut:
KUMPULAN A
FELDA UNITED 0-2 KELANTAN
SARAWAK 0-1 TERENGGANU
PERLIS 0-1 JDT III
ATM 0-1 UITM FC
KEDAH 1-1 NEGERI SEMBILAN

KUMPULAN B
PERAK 2-1 PULAU PINANG
PKNS FC 0-1 SELANGOR
MELAKA 1-0 SABAH
T-TEAM 2-0 PDRM
PAHANG 0-1 KUALA LUMPUR

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top