From the Ultras: 5 Perkara Kita Tahu dari Matchday 3 MSL 2015 – Sarawak 0 – Pahang 0

Dengan prestasi terkini yang kita bawa masuk ke perlawanan ini, sebenarnya ramai yang merasakan keputusan malam tadi melawan Pahang adalah 2 mata tercicir. Ya memang benar, Pahang bukan calang – calang pasukan; juara bertahan Piala Malaysia untuk dua musim berturut dan dibarisi pemain bintang. Tetapi jika diambil kira kemenangan yang kita ke atas Terengganu, dan keputusan seri pada minit terakhir melawan Felda United, pasukan kita berada pada prestasi terbaik untuk mengambil kesempatan terhadap Pahang. Malang kita gagal menyempurnakan beberapa peluang keemasan yang terbit sepanjang perlawanan.

Berikut adalah 5 perkara yang kita tahu dari perlawanan malam tadi (Sarawak vs Pahang)

1. Badi kekalahan dengan Pahang dapat dihentikan
Sejak kekalahan play off Liga Super pada tahun 2012 yang menghumban kita ke Liga Perdana, kekalahan separuh akhir Piala Malaysia 2013, kekalahan di Kuantan 2014, pasukan Tok Gajah ini kerap menjadi duri dalam daging buat pasukan Sarawak. Keputusan malam tadi sedikit sebanyak membuang badi kita apabila bertemu skuad kendalian Zainal Abidin Hassan ini.

Seterusnya, untuk berhenti tumpas di Kuantan pula.

2. Benteng pertahanan kebal.
3 gol bolos melawan Felda, 1 gol bolos minggu lepas, untuk pertama kali musim ini, barisan pertahanan Sarawak memastikan yang kita tidak bolos malam tadi. Harus di ingat, pertahanan Sarawak berhadapan dengan gadingan paling konsisten untuk 2-3 musim kebelakangan ini iaitu Conti-Dickson.

Juga kehadiran Fadzley memberi kayakinan kepada pasukan untuk mara kehadapan.
Untuk mencatat kemenangan, kita perlu pastikan kita tidak bolos terlebih dahulu. Dalam hal ini, sekurang – kurangnya anak buah Robert Albert di landasan yang betul.

3. Shreen terus mendapat kepercayaan.
Banyak sudah yang kami perkatakan berkenaan Shreen Anak Tambi. “Prodigy” pasukan Sarawak ini. Anak kelahiran Limbang ini terus mendapat kepercayaan dari Robert Alberts untuk bergandingan dengan BOMber. Walaupun gagal untuk menjaringkan gol setakat ini, beliau kerap kali berada dalam posisi terbaik untuk memberi ancaman kepada barisan pertahanan Pahang. Diharap lebih banyak peluang dan pendedahan diberikan kepada Shreen untuk beliau terus meningkatkan prestasi serta keyakinan diri untuk beraksi di peringkat tertinggi.

4. Pertaruhan Robert, membuahkan hasil.
Kita dikejutkan dengan berita kecederaan jari di alami oleh penjaga gol utama, Fadzley Rahim. Coach RA malam tadi seolah bertaruh dengan menurunkan beliau untuk berhadapan dengan Conti dan Dickson. Tetapi pertaruhan Coach RA nampak nya memberi pulangan yang lumayan apabila Fadzley tenang mengawal gawang Sarawak. Beberapa peluang berbahaya dimiliki Pahang malam tadi, mudah dipatahkan oleh Fadzley. Cuma diharapkan kecederaan tersebut diberi perhatian serius oleh pegawai perubatan Sarawak ( ada ka such jawatan dalam FAS oo ? ) supaya luka lamak tak berdarah kembali.

5. “Invincibles” kembali?
3 perlaawnan yang diharungi, dari 9 mata yang boleh dikutip, setakat ini kita berjaya mengutip 5 mata. Sarawak, bersama dua pasukan teratas liga setakat ini; Felda dan Perak kekal pasukan yang belum mencatat sebarang kekalahan musim ini. Di atas kertas, mungkin skuad kali dilihat sedikit “pincang” jika dibandingkan dengan skuad 2013 The Invincibles mahupun skuad 2014. Namun berbekalkan semangat NGAP SAYOT yang sudah semestinya dijana oleh anak-anak watan kita, pasukan setakat ini beraksi baik dan menjangkau jangkaan awal. Namun, diharap para pemain tidak leka dan terus meningkatkan lagi usaha dan prestasi untuk saingan yang lebih getir selepas ini.

Adakah semangat “invincibles” mula menyusup masuk ke dalam pemain? Kita tunggu dan lihat jak la 🙂 Wait and see kata sidak org Miri 🙂

Opinions are from UltraCrocs

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top