From The Ultras: 5 Perkara kita tahu dari Matchday 2 MSL 2015 Sarawak 3 – Terengganu 1

Setelah menunggu hingga ke minit yang ke 94 untuk bernafas lega minggu lepas, kali ini barisan Ngap Sayot tidak menunggu lama untuk menghiburkan peminat untuk aksi pertama di Stadium Negeri. Kemenangan 3-1 memberi peluang barisan pimpinan Robert Alberts mengutip 3 mata pertama musim ini.

“Iboh suk awal gilak” merupakan moto pegangan Ultracrocs sepanjang zaman. Tetapi tidak menghalang untuk kita mengutip pegajaran dari perlawanan malam tadi.

1. BOM is the BOMber!
Billy Mehmet meneruskan permulaan cemerlang apabila menjaringkan gol untuk perlawanan kedua berturut. Setelah menjaringkan gol menentang Felda United tempoh hari, kali ini di kandang sendiri Billy tidak mengecewakan puluhan Ngap Sayot yang bertandang ke Stadium Negeri. Jaringan seawal minit ke-3 menyerlahkan “finishing instinct” yang mantap. Jika minggu lepas bergandingan dengan Shreen, malam tadi pula gandingan Ryan menampakan pemahaman yang serasi. Di harap Billy akan terus memberi yang terbaik buat kita.

2. Bendera putih Robert Albert satu muslihat?
Umum sedia maklum hasil perkongsian RA bersama media tempatan pada awal musim beliau seolah telah mengangkat bendera putih untuk peluang pasukan kita musim ini. Beliau mendapat banyak kritikan hasil perkongsian tersebut. Setakat 2 perlawanan ini Sarawak menunjukan keupayaan untuk memberi yang terbaik dalam cabaran Liga Super tahun ini. Terutama selepas keputusan malam tadi, kerana setelah keputusan pusingan pertama mudah buat anak-anak buah Abdul Rahman Ibrahim meratah Selangor Misi 33. Ini meletakkan Terengganu selaku fevret untuk membenam Sarawak di Kuching. Tapi kita semua sedia maklum apa keputusannya malam tadi.
Adakah coach RA memang sedia maklum keupayaan sebenar Sarawak? Atau kedua keputusan setakat ini hanya nasib semata? Apa – Apa pun kita kini berada di kedudukan ke 3 Liga.
Tapi harus di ingat “iboh suk awal gilak.”

3. Ngap Sayot Penoh Di Dada
Sekali lagi local lads kita menunjukkan yang mereka boleh di harap. Ketiadaan tonggak – tonggak utama yang rata – ratanya pemain luar tidak memberi banyak kesan kerana sosok seperti ACC11 dan JKT yang menyumbangkan gol malam tadi dan juga SS16 serta HM9 yang konsisten memberi yang terbaik buat Ibu Pertiwiku. Coach RA harus melihat ini sebagai signal jelas untuk membentuk kesebelasan utama dengan local lads sebagai teras utama pasukan.

4. Barisan pertahanan masih boleh diperbaiki
Seperti yang dibincangkan dalam siri lepas, antara faktor kejayaan Class 2013 THE INVINCIBLES ialah pertahanan yang kental. Setakat 2 perlawanan ini, pasukan masih belum mengecapi sebarang clean sheets. Mungkin sususan dan combination defence line baru masih belum serasi dan WAJIB untuk diperbaiki secepat mungkin. Coach RA harus meniru falsafah coach terulung Rafa Benitez, yang berpendapat pasukan yang HEBAT harus dibentuk daripada pertahanan yang kebal !! ALL THE BEST RONNY DAN RAKAN2 !

5. #ngapsayotpenohdidada (khas buat fans)
Tulisan kali ini akan ditutup dengan tribut khas buat para penyokong. Fans meneruskan trend yang awesome, dengan memenuhi setiap inci dan ruang stadium keramat, Stadium Negeri malam tadi. Stadium Negeri terus bergema dengan sorakan para penyokong yang tidak pernah mengabaikan tugasan sebagai pemain ke-12. Salut buat balow2 kita yang terus setia medukung pasukan. Tugasan kita sebagai penyokong sudah dijalankan, mengharapkan tugasan para pemain untuk menggembirakan kita yang berada di stand ! Sesungguhnya #ngapsayotpenohdidada setiap anak bangsa IBU PERTIWIKU !

Opinions are from UltraCrocs

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top