“Fokus kami Liga M3 buat masa ini” – Ideris Untong

Ketua Jurulatih Kuching FA Ideris Untong enggan memberi fokus kepada prospek menentang Sarawak FA buat masa ini.

Jurulatih berpengalaman itu dipetik akhbar New Sarawak Tribune sebagai berkata bahawa pasukan beliau masih mempunyai beberapa perlawanan penting di dalam Liga M3 dan mereka seharusnya memberi fokus kepada perlawanan-perlawanan tersebut.

Menurut laporan akhbar tersebut, Ideris hanya akan mahu menumpukan kepada perlawanan play-off Liga Premier selepas berakhirnya Liga M3.

Beliau juga melahirkan keinginnan mahu menyaksikan Kuching memenangi perlawanan play off tersebut dan naik ke Liga Premier musim hadapan.

Akhbar New Sarawak Tribune memetik Ideris sebagai berkata “Kini fokus kami adalah memenangi baki perlawanan Liga M3.

“Cuma selepas itu kami akan berfikir tentang play-off Liga Premier.

Perlawanan play-off Liga Premier antara Kuching FA dan Sarawak FA akan hampir pasti berlaku ekoran kedudukan Liga M3 kini yang tidak memihak kepada Kuching FA.

Tarikh perlawanan play-off tersebut belum ditentukan oleh pihak Malaysia Football League dan dipercayai banyak bergantung kepada samada Sarawak dianugerahkan lesen kelab bola sepak pada 30 Oktober ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top