Federasi Bolasepak Dunia (FIFA) telah menjatuhkan hukuman bermain tanpa penyokong kepada Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM) akibat rusuhan penyokong semasa Malaysia menentang Arab Saudi pada 8 September lalu.
Hukuman tersebut akan dilaksanakan pada 17 November ini apabila Malaysia menentang UAE di Stadium Shah Alam.
Selain daripada hukuman tersebut, FIFA juga turut mendenda FAM sebanyak RM180,000 (CHF 40,000) selain daripada memberikan pasukan Arab Saudi kemenangan 0-3 bagi perlawanan yang dihentikan sebelum masa penuh.
Menurut kenyataan dari FIFA, FAM telah dimaklumkan hari ini berkenaan semua hukuman tersebut.
Sumber: FIFA