Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menukar sekali lagi jadual perlawanan Liga Super bagi musim 2015. Ini merupakan kali ke-3 jadual perlawanan Liga Super ditukar musim ini.
Menurut email yang kami terima dari pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), perlawanan Sarawak yang terlibat di dalam perubahan jadual adalah seperti di bawah:
LS11 Sarawak lwn Perak , ditukar dari 27 Jun ke 20 Jun di Kuching. (bulan puasa- perlawanan mula 9.45PM)
LS12 Perak lwn Sarawak, ditukar dari 02 Jun ke 23 Jun di Ipoh. (bulan puasa- perlawanan mula 9.45PM)
LS13 Sarawak lwn Felda, ditukar dari 06 Jun ke 27 Jun di Kuching. (bulan puasa- perlawanan mula 9.45PM)
LS14 Terengganu lwn Sarawak ditukar dari 20 Jun ke 04 Julai di Kuala Terengganu (bulan puasa- perlawanan mula 9.45PM)
LS15 Pahang lwn Sarawak ditukar dari 23 Jun ke 08 Julai di Kuantan (bulan puasa- perlawanan mula 9.45PM)
LS16 Sarawak lwn JDT ditukar dari 04 Julai ke 01 Ogos di Kuching.
LS18 Sarawak lwn PDRM ditukar dari 01 Ogos ke 08 Ogos di Kuching.
LS19 Sime Darby lwn Sarawak ditukar dari 08 Ogos ke 12 Ogos di Selayang.
LS21 Sarawak lwn Lions ditukar dari 22 Ogos ke 19 Ogos di Kuching.
LS22 Kelantan lwn Sarawak ditukar dari 29 Ogos ke 22 Ogos di Kota Bahru.
Dalam pada itu, jadual perlawanan Liga Super untuk pasukan Sarawak yang lengkap adalah seperti di dalam gambarajah dibawah.
Diharapkan peminat mengambil tahu perubahan jadual ini agar dapat merancang perjalanan ke lokasi perlawanana yang ingin mereka saksikan.