FAS sokong Liga Malaysia dibatalkan

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Posa Majais, menyatakan dia setuju sekiranya Liga Malaysia dibatalkan musim ini.

Menurut laporan Astro Arena, keutamaan harus diberi kepada nyawa pemain, khususnya buat pasukan dari Borneo.

Posa mendakwa bahawa nyama pemain, khususnya pemain bolasepak dari Sabah dan Sarawak, akan terancam seandainya Liga Malaysia (Liga-M) musim ini diteruskan sekalipun tanpa kehadiran penyokong.

“Bagi saya, selagi keadaan ini masih belum pulih, selagi itulah risikonya masih tinggi.

“Bagi pemain dari Sarawak dan Sabah, apabila perlawanan di gelanggang lawan, kami perlu menaiki pesawat dan menaiki bas untuk ke lapangan terbang.

“Jadi, pada ketika itulah risikonya amat tinggi.

“Cadangan kami buat pihak FAM adalah supaya liga dibatalkan sahaja,” katanya kepada Astro Arena.

Pengurus pasukan Sabah FA, Henry Simpon turut menyuarakan perkara sama namun beliau dipetik mahu liga dibatalkan atas sebab ekonomi.

Menurut laporan Astro Arena, Henry merasakan Liga Malaysia perlu dibatalkan kerana jika ianya diteruskan tanpa penonton, stadium akan suram dan pasukan bertanding tidak akan mendapat hasil ekoran ketiadaan jualan tiket.

“Ia memang akan mendatangkan masalah buat kami. Salah satunya, stadium akan suram tanpa kehadiran penyokong.

“Ia juga akan menjejaskan semua pasukan kerana tiada hasil yang akan diperoleh daripada penjualan tiket.

“Jalan penyelesaian terbaik adalah dengan membatalkan liga musim ini” kata Henry kepada Astro Arena.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top