FAS seragamkan tempoh saingan liga bolasepak peringkat bahagian

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah membuat keputusan untuk membuat menyeragamkan tarikh liga di peringkat bahagian seluruhSarawak bermula Mei ini. 

Keputusan tersebut telah dibuat pada Mesyuarat Majlis Tertinggi FAS yang bertempat di sebuah hotel terkemuka di Miri semalam. 

Dengan keputusan tersebut, semua pertandingan yang dianjurkan oleh ahli gabungan FAS, yakni Persatuan Bolasepak peringkat bahagian di Sarawak akan memulakan liga peringkat bahagian masing-masing dari bulan Mei ini, dengan liga tersebut dijangka berakhir pada bulan Julai. 

Sungguhpun demikian, Liga Super Limbang dan Liga Premier Limbang tidak akan diseragamkan pada tahun ini ekoran liga tersebut telahpun berlangsung, dan kini di peringkat kemuncak.

Penyeragaman tempoh liga peringkat bahagian tahun ini akan dapat membantu setiap persatuan bolasepak bahagian untuk membawa pasukan terbaik bagi menghadapi kejohanan Piala Sarawak yang dijangka akan berlangsung Ogos depan. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top