FAS perjelaskan isu penjualan tiket suku akhir Piala FA

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hari ini telah memberi lebih banyak penjelasa berkenaan penjualan tiket perlawanan suku akhir Piala FA kedua Sarawak menentang Felda United.

Menurut FAS, “Jualan tiket untuk perlawanan Piala FA 2014, Sarawak lwn KL Felda Utd FC akan bermula jam 2.00 petang ini sampai jam 5.00 petang di kaunter-kaunter Stadium Negeri”.

FAS turut memaklumkan bahawa “jualan tiket pada hari perlawanan (Selasa) akan dimulakan pada jam 10.00 pagi di kaunter-kaunter Stadium Negeri”.

Dalam pada itu, pihak FAS menambah bahawa pengambila tiket bagi mereka yang telah menempah melalui sistem ‘online’, boleh mengambil tiket mereka di kaunter yang dipilih semasa tempahan dibuat.

Penjelasan FAS melalui Facebook rasminua sekaligus menjawab segala persoalan yang dibuat pihak kami semasa mengeluarkan berita berkenaan kemusyikilan pembelian tiket semalam.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top