Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais, telah menepis dan menafikan dakwaan bahawa persatuan dibawahnya tidak miliki wang untuk membayar gaji pemain dan akan menerima bantuan dari ‘pihak luar’.
Menurut kenyataan rasmi Posa, FAS masih mempunyai maruah dari menerima bantuan pihak luar, dan berkata bahawa masalah gaji bukanlah masalah yang besar sungguhpun terdapat sedikit kelewatan sebelum ini.
Posa juga menambah bahawa beliau juga telah secara peribadi sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah tersebut dan isu pemain serta pegawai FAS tidak menerima gaji tidak timbul sehingga kini di bawah beliau.
Kenyataan rasmi FAS adalah seperti di bawah.
Dalam pada itu, FAS berharap bahawa tiada pihak membuat spekulasi liar, dan orang ramai tidak mempercayai kenyataan bukan rasmi yang tidak datang dari FAS.
Isu FAS tidak dapat membayar gaji pemain pada bulan Disember kelak timbul selepas laman sosial Kaki Bola mendedahkan bahawa Sarawak tidak mempunyai wang untuk membayar gaji pemain pada bulan Disember, dengan Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan akan membantu.