FAS mahu ganti Salibasic & Hassan untuk Piala Malaysia kerana cedera panjang

Muamer Salibasic dan Hassan Mohammad dilaporkan tidak akan sembuh sebelum kempen Piala Malaysia, dan Persatuan Bolasepak Sarawak telah melahirkan hajat untuk menggugurkan kedua-dua penyerang itu sekiranya dibenarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia.

Berita tersebut disahkan jurulatih Sarawak, Robert Alberts dalam satu laporan yang dikeluarkan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Menurut Robert, FAS telah menulis kepada FAM, dan sedang menunggu balasan dari badan injuk itu sekiranya FAs dibenarkan membuat pertukaran pemain import.

Seorang lagi pemain, Gabor Gyepes dijangka masih akan dikekalkan kerana beliau dijangka pulih sebelum kempen Piala Malaysia bermula Ogos ini.

Sarawak akan terbang ke Indonesia hari ini untuk siri perlawanan persabahatan di negara Garuda tersebut, dimana Hassan, Reesyafiq Alwi dan Gabor tidak dibawa bersama kerana masih cedera.

Sumber: New Sarawak Tribune

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top