FAS lantik dua individu baharu untuk futsal

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) minggu ini telah melantik dua individu Abdillah Majid dan Mohd Zaifulfadillah Bin Junaidi ke jawatan berkaitan futsal Sarawak.

Laman rasmi facebook persatuan tersebut telah membuat pengumuman berkenaan perkara tersebut pada hari Rabu lepas.

Abdillah Majid, yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Sri Aman telah dilantik sebagai Pengerusi jawatan kuasa futsal lelaki dan wanita, serta bolasepak pantai, manakala Mohd Zaifulfadillah, yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu dilantik sebagai timbalan beliau.

Zaifulfadillahjuga dilantik oleh FAS sebagai pengurus pasukan liga futsal lelaki kebangsaan 2020 oleh persatuan tersebut.

Pelantikan kedua-dua individu tersebut dibuat secara rasmi oleh FAS melalui surar pelantikan yang diserahkan kepada mereka di sebuah hotel di Kuching Selasa lepas.

FAS kini dalam proses melantik barisan jurulatih dan pengurusan semua pasukan yang diselianya, termasuk juga pasukan bola sepak utama Sarawak FA.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top