FAS jumpa Menteri Sukan Sarawak

Posa Majais, presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Menteri Pelancongan Kesenian, Kebudayaan, Belia, Dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah baru-baru ini di Wisma Baitulmal.

Kunjungan Posa bersama ahli exco FAS telah diwar-warkan oleh Karim melalui satu perkongsian di laman rasmi Facebook beliau.

Di dalam gambar-gambar yang dikongsikan, kelihatan kunjungan tersebut kelihatan seperti sebuah mesyuarat dengan sekeping dokumen yang siap ‘di bind’ dibincangkan.

Intipati dokumen serta tujuan kunjungan tersebut tidak dikongsi oleh Karim dan FAS setakat ini belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung kinjungan mereka kepada Karim.

Turut hadir ke majlis itu ialah Menteri Muda Belia & Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan dan pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Belia & Sukan Sarawak, Puan Nancy Haji Jolhi.

FAS kini dalam proses mendapatkan lesen kelab bola sepak bagi pasukan Sarawak FA dan mungkin digugurkan ke Liga M3 pada musim hadapan jika gagal berbuat demikian.

Pasukan bimbingan Denny Da’ail itu juga mungkin akan terpaksa bertemu Kuching FA kelak bagi slot penentuan Liga Premier 2020.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top