FAS harap dapat lesen kelab pada 2019

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) berharap pasukan dibawah naungannya, Sarawak FA, akan diberi lesen kelab bolasepak pada tahun 2019.

Menurut Pengarah Komersial Abang Abdul Rahman di dalam satu kenyataan di laman FB rasmi FAS, pihak FAS kini sedang menambah baik audit akaun pasukan untuk musim 2017, dan akan memastikan masalah audit yang hadir pada musim 2016 tidak muncul lagi.

Dalam pada itu, Abdul Rahman menjelaskan bahawa Sarawak FA tidak memiliki lesen kelab bolasepak kerana ketiadaan audit pada musim 2016, namun pihak persatuan akan memastikan masalah audit tersebut tidak berulang pada 2017 dan 2018, sekaligus membolehkan Sarawak FA mendapat lesen kelab pada 2019 apabila permohonan baharu dibuat.

Untuk rekod, Sarawak FA gagal mendapat lesen kelab bolasepak pada musim ini ekoran masalah audit perakaunan yang gagal dipenuhi.

Kegagalan mendapatkan lesen kelab bolasepak menyaksikan Sarawak FA tidak boleh bermain di Liga Super sehingga lesen tersebut diperolehi. 

Jika Sarawak FA gagal mendapatkan lesen kelab bolasepak pada tahun 2019, ianya tidak akan dapat bermain di Liga Premier juga.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top