Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) sekali lagi di denda akibat pembakaran suar di Stadium Negeri. Kali ini, hukuman tersebut akan menyaksikan FAS di denda RM12,500 kerana didapati bersalah melanggar ‘Article 70 para 1 Kod Tatatertib FAM’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ ketika perlawanan menentang Sime Darby FC di pada 11 April 2015
Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), denda tersebut tidak boleh dirayu kerana ianya merupakan kali kedua kesalahan tersebut berlaku.
Sungguhpun demikian, Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) didenda paling banyak kali ini dengan jumlah denda terkumpul berjumlah RM105,000 akibat insiden yang membabitkan penyokong dan suar.
Pihak FAM dalam pada itu juga memberi amaran keras kepada PAFA bahawa jika insiden serupa berlaku, mereka akan mempertimbangkan Perak bermain bolasepak tanpa penonton.
Antara pasukan lain yang turut didenda selepas mesyuarat jawatankuasa tatatertib FAM yang ke-empat adalah pasukan JDT, UiTM, Selangor, Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Sumber: FAM