FAS bersedia menerima pembatalan liga

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dikhabarkan belum menerima pekeliling berhubung pembatalan pertandingan Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Futsal Premier Malaysia 2020.

Presiden FAS, Posa Majais memberitahu Utusan Borneo bahawa setakat ini belum ada sebarang maklumat disampaikan kepada pihaknya berhubung perkara tersebut.

Dalam pada itu, Posa enggan memberi komen berhubung perkara itu, petik akhbar tersebut.

“Kita masih menunggu pengumuman dibuat oleh FAM berhubung perkembangan saingan Liga Malaysia musim ini.

“Mungkin selepas ada keputusan itu nanti baharulah ada tindakan susulan daripada kami (FAS).”

Posa juga menyatakan bahawa FAS akan bersedia untuk sebarang kemungkinan berhubung status semua Liga Malaysia.

“FAS juga sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya keputusan luar jangkaan diumumkan oleh FAM membabitkan status semua Liga Malaysia.

“Kami juga bersedia menghadapi kemungkinan jika semua liga ditamatkan lebih awal,” katanya lagi kepada Utusan Borneo.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top