Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan tarikh baru bagi perlawanan Sarawak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dikhabarkan akan ditunda sebelum ini.
Menurut laman Facebook FAM, Sarawak bakal bersemuka dengan JDT di Stadium Negeri pada 24 Oktober ini, yakni bersamaan hari Sabtu.
Selain daripada itu perlawanan PDRM menentang PKNS FC yang dijadualkan pada Sabtu ini juga telah dipinda ke 28 September di Stadium Shah Alam.
FAM turut telah meminta perlawanan Perak menentang JDT yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Stadium Perak, Ipoh pada 3 Oktober, dipinda ke 4 Oktober.
Pindaan tarikh bagi perlawanan yang melibatkan JDT adalah disebabkan JDT bakal berentap ke peringkat separuh akhir Piala AFC 2015 pada 29 September 2015 dengan Qadsia FC di Kuwait.