FAM tolak permohonan Terengganu untuk menangguhkan perlawanan Sabtu ini

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menolak permohonan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menangguhkan perlawanan Liga Super 2015 di antara Terengganu menentang Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada hari sabtu ini.

PBSNT memohon untuk menangguhkan perlawanan tersebut untuk menghormati sambutan Nuzul Qur-an yang jatuh pada hari yang sama.

Sehubungan dengan itu, perlawanan di antara kedua-dua akan diadakan sebagaimana dijadualkan pada 4 Jun 2015 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus. Sepak mula ialah pada pukul 10 malam.

Sumber: Terengganu FA

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top