Susulan kejayaan marshal perlawanan ketika perlawanan Piala Sumbangsih 2015 kelmarin, pihak Persatuan Bolasepak Malaysai (FAM) akan mencadangkan bahawa semua persatuan dan kelab di bawahnya untuk melantik marshal perlawanan pada masa hadapan.
Cadangan tersebut hadir selepas pihak FAM mendapati pelaksanaan marshal di Stadium Larkin semasa perlawanan Piala Sumbangsih malam tadi amat effektif dalam membendung perkara yang tidak diingini ketika perlawanan.
Menuruh kenyataan media FAM, pihak persatuan dan kelab harus membayar sendiri keperluan marshal tersebut, dan pelantikan marshal adalah untuk kebaikan bolasepak negara.
Penggunaan marshal perlawanan ketika perlawanan JDT menentang Pahang kelmarin merupakan inisiatif peribadi Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Marshal tersebut yang kelihatan jelas menggunakan jaket kuning di sekeliling padang Stadium Larkin kelihatan tekun melihat gelagat penonton tanpa mempedulikan perlawanan yang sedang berlangsung di padang.