Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa empat pemain import bagi setiap pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan akan dibenarkan untuk diturunkan serentak dalam setiap perlawanan.
Langkah tersebut diambil selepas majoriti pasukan dalam liga berkenaan memohon agar mereka dibenarkan menggunakan keseluruhan tenaga import mereka ketika perlawanan.
Menurut laporan akhbar, langkah tersebut juga adalah untuk memastikan pemain tempatan lebih kompetitif merebut tempat di dalam kesebelasan utama pasukan masing-masing.
Ini bermakna, Sarawak akan mampu menurunkan kesemua pemain impport mereka pada musim 2015 kelak.