Dua perlawanan lagi untuk sahkan promosi ke Liga Super

Kelab Sarawak United hanya perlu memenangi dua perlawanan lagi untuk mengesahkan tempat ke Liga Super 2022.

Berdasarkan kiraan mata dalam liga, pasukan bimbingan E. Elavarasan ini tidak akan dapat dipintas lagi untuk kemaraan automatik ke Liga Super musim hadapan sekiranya berjaya mengumpul 40 mata dengan baki empat perlawanan.

Ini adalah kerana pasukan – pasukan lain yang layak untuk promosi ke Liga Super musim hadapan, tidak akan dapat melangkaui jumlah mata Sarawak United jika Sarawak United mengumpul 40 mata dan terus mengekalkan jumlah beza jaringan yang besar seperti yang dimiliki kini di dalam liga.

Sementara itu, pasukan Negeri Sembila perlu memastikan mereka memenang tiga perlawana terakhir mereka sekiranya mahu mengesahkan tempat ke Liga Super musim hadapan.

Ini adalah kerana pasukan Kuching City masih lagi berpeluang untuk melayakkan diri ke Liga Super musim hadapan jika mereka memenangi semua baki sembilan perlawanan yang dimiliki.

Jika Negeri Sembilan tewas atau seri mana – mana dua perlawanan terakhir mereka, Kuching City boleh menyelinap masuk untuk promosi ke Liga Super kerana pasukan tersebut boleh mengumpul mata maksima 40 untuk mengatasi Negeri Sembilan.

kedudukan Liga Premier yang terkini boleh dilihat di bawah.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top