Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais berharap ketua jurulatih pasukan Sarawak, David Usop boleh memikirkan sesuatu untuk merencana taktikal untuk mencatat kemenangan menjelang perlawanan Liga Super menentang Pulau Pinang, malam ini.
Memetik laporan dari Utusan Borneo, Posa juga mahu pasukan Sarawak untuk menang dalam perlawanan menentang pasukan tangga terbawah liga, Pulau Pinang, setelah hanya mampu mengutip 1 mata dari 3 perlawanan Liga Super.
Tambahnya lagi, beliau turut berharap bahawa pemain-pemain pasukan Sarawak akan menunjukkan semangat juang yang tinggi dan mampu memberi saingan menentang Pulau Pinang biarpun bakal beraksi di tempat lawan.
Sarawak setakat ini masih belum mencatat sekarang kemenangan setelah sekadar seri menentang T-Team, dan kalah menentang Kedah dan Pahang.