Chanturu sedia berkhidmat untuk Malaysia lagi

S Chanturu melahirkan kesediaannya untuk bermain untuk pasukan kebangsaan sekiranya beliau terpanggil untuk bermain bersama skuad bimbingan Ong Kim Swee.

Menurut Chanturu, bermain untuk pasukan kebangsaan merupakan impian semua pemain, dan beliau sudah pasti akan menerima sebarang pelawaan jika diberi peluang tersebut sekali lagi.

Chanturu ditemui selepas Sarawak tewas 3-2 kepada SIme Darby di Stadium Selayang semalam.

Rekod menunjukkan Chanturu pernah mewakili Malaysia pada tahun 2012, sebelum mendapati dirinya diketepikan oleh K. Rajagopal akibat kecederaan.

Beliau yang kini merupakan penjaring tempatan terbanyak di Liga Super dan kebolehan beliau dilaporkan sudah mendapat perhatian beberapa jurulatih termasuk Ong sendiri, yang telah dikhabarkan melahirkan kebimbangan beliau berkenaan kekurangan penyerang tempatan Malaysia.

Walaubagaimanapun demikian, bagi pihak SarawakCrocs.com, peluang Chanturu dipanggil semula ke skuad kebangsaan adalah cerah memandangkan Ong pernah melahirkan keperluan pemain untuk kerap beraksi untuk pasukan kelabnya jika mahu disenaraikan di dalam skuad kebangsaan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top