Penjenamaan semula Kelab Bolasepak Sabah nampaknya semakin mantap apabila kelab tersebut meniriskan beberapa sampel barangan rasmi kelab tersebut di media sosial.
Antara yang tertiris adalah landyard kelab berkenaan, baju penyokong, serta kad rasmi bagi pemegang pas rasmi kelab tersebut.
Dalam gambar – gambar yang dikongsikan, semua barangan rasmi Sabah itu kelihatan menarik dalam warna rasmi baharu kelab tersebut.
Anda boleh melihat gambar – gambar barangan rasmi Sabah FC yang tertiris setakat ini di bawah.




Untuk rekod, Sabah FC merupakan pasukan Sabah FA yang dijenama semula dalam proses penswastaan pasukan Liga Malaysia.
Kelab penuh sejarah itu telah memenangi Liga Premier pada tahun 2018 untuk melayakkan diri ke Liga Super pada 2019.