Cadangan GLC Sarawak miliki saham Sarawak United perlu diperhalusi

Cadangan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais untuk membenarkan syarikat – syarikat GLC Sarawak membeli dan seterusnya memiliki saham dalam Kelab Bolasepak Sarawak United perlu diperhalusi dengan teliti.

Menteri sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata bahawa sebaiknya ada persetujuan antara kedua – dua pihak GLC dan pasukan Sarawak United bagi membolehkan perkara tersebut berlaku.

Beliau dipetik dalam laporan akhbar Borneo Ppost sebagai berkata perkara tersebut (pembelian saham Sarawak United oleh GLC Sarawak) tidak boleh disyaratkan oleh kerajaan, dan seterusnya perlu dilakukan.

Beliau walaubagaimanapun mengakui cadangan tersebut adalah baik namun ianya harus diperhalusi dahulu.

“Seharusnya ada asas dimana ada pembeli yang sanggup, dan penjual yang sanggup” kata Karim kepada akhbar Borneo Post.

“Cadangan itu tidak boleh terus diberikan kepada kerajaan dimana ianya terus dilaksanakan seperti itu sahaja.

“Ianya adalah satu cadangan yang baik, tetapi ianya perlu diperhalusi dahulu.” katanya lagi.

Sarawak United yang merupakan pasukan yang dijenama semula oleh pemiliknya FAS apabila membeli Selangor United musim lepas, kini bermain di Liga Premier.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top