Bukan jersi sebenar Sarawak 2014

Sumber kami dari Lea Sports Centre (LSC) dan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengesahkan bahawa jersi yang ditunjukkan di media sosial semalam bukan jersi original.  Pengesahan ini sekaligus menjawab pelbagai persoalan berkenaan lokasi logo penaja Sarawak yang dianggap terlalu rendah dan membuat baju tersebut kelihatan tidak cantik.

Menurut sumber dari FAS, kemungkinan pihak tidak bertanggungjawab telah mengambil rekaan baju dari gambar yang telah dibocorkan baru-baru ini dan membuat replika palsu bagi merugikan bolasepak Sarawak secara amnya, sambil mengaut keuntungan diri sendiri.

Pihak FAS, mahupun LSC dalam pada itu masih enggan mengesahkan samada baju tersebut adalah mirip rekaan baju sebenar Sarawak bagi musim 2014, tetapi menyatakan bahawa baju bagi musim 2014 tidak sama dengan apa yang dilihat diatas (photo).

Dalam pada itu, pihak SarawakCrocs.com berharap semua akan bersabar menanti pengumuman rasmi baju rasmi Sarawak bagi sesi 2014, dan berharap peminat sudi membeli barangan keluaran original untuk membantu pembangunan bolasepak Sarawak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top