Kemenangan besar pasukan Bujang Senang ke atas MISC-MIFA malam tadi tidak datang dengan berita kurang gembira apabila dua pemain Sarawak, Mohd Hafiz dan Lee Jong Ho dilaporkan mengalami kecederaan.
Menurut Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop, kedua-dua pemain akan menjalani ujian perubatan bagi melihat sejauh mana kecederaan mereka.
Hafiz terpaksa diusung keluar selepas beliau dikasari oleh pemain MISC-MIFA dan dikuatiri mungkin cedera panjang. Kekasaran tersebut telah menyebabkan MISC-MIFA bermain untuk sepuluh orang malam tadi.
Kecederaan Jong-Ho dilihat kurang memudaratkan buat masa ini, dan beliau dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk bermain Sabtu ini.
Di dalam perlawanan malam tadi, Sarawak memebelasah MISC-MIFA 6-3 bagi melayakkan mereka ke peringkat seterusnya Piala FA.